Elakkan perut daripada kekejangan dan kesakitan

Apabila anda mengambil makanan atau minuman yang terlalu panas atau sejuk, esofagos iaitu saluran  makanan untuk makan daripada mulut ke perut akan bertindak balas dengan mengecut atau mengembangkannya dengan cepat.Ini akan menyebabkan asid hidroklorik yang cuba bertahan dengan kejutan yang tidak dikehendaki akan dikeluarkan.Apabila asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut ini menyebabkan sakit perut.

Terdapat cara-cara bagi mengelakkan keadaan ini dari berlaku iaitu :-

1)Jangan merokok
  – Apabila anda merokok ini akan meningkatkan aliran air liur di dalam mulut dan anda akan kerap menelan air liur dan ini mengakibatkan penelanan udara yang berlebihan kedalam badan.

2)Minumlah air perlahan-lahan
  -Biasakan diri meminum air secara perlahan-lahan dan jangan dalam keadaan tergesa-gesa.Jangan minum semasa atau penghujung masa makan kerana ini akan meyebabkan udara dan gas cuba melepaskan diri dan akan menyebabkan kesakitan.Kalu boleh minumlah secara perlahan dan minumlah tanpa mengunakan straw ini bagi mengelakkan udara banyak masuk ke dalam badan.

3)Makanlah dengan selesa
 -makanlah sewaktu anda tenang dan perlu dan elakkan makan sewaktu anda sedang stress dan tertekan emosi dan fizikal.Ini akan meyebabkan organ pencernaan akan mengetat dan makan yang dimakan tadi tidak dapat dikawal dengan baik ini meyebabkan perut akan tegang dan kejang
4)Jangan selalu mengeluh
 -Bila anda mengeluh secara kerap anda akan mengalami’aerophagia'(terlebih telan udara) dan akan sebabkan sistem pencernaan penuh dan bertindak dengan kesakitan.Biarkan penelanan air liur atau air kepada tahap minimum dan latihlah diri anda agar tidak bernafas melalui mulut.
5)Jangan minum air berkarbonat,elakkan makanan yang sudah terdedah kepada udara sperti mentegha yang sudah dipukul,kek atau roti yang berongga seperti kek cheese dan elakkan minum susu yang telah dikocokkan dengan minuman panas seperti teh susu kerana apabila hendak minum anda akan kerap meniupkan air tadi untuk sejuk ini akan menyebabkan udara masuk ke dalam badan dengan mudah.

6) Tetapkan udara
  -Atasilah masalah sembelit anda dengan makan makanan yang mudah lawas.Apabila mempunyai sistem pembuangan yang tetap ini akan membersihkan toksid yang ada dalam badan ini akan membuatkan tubuh anda sihat dan bebas dari kesakitan.Makanlah makanan penawar dan bukan bahan kimia anda akan lega apabila berbuat demikian.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: