Cabaran dalam mendidik anak-anak

Di zaman yang serba moden ini ramai ibu bapa memandang remeh dalam soal mendidik anak-anak.Lebih-lebih lagi ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga lupa tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah iaitu anak-anak.Bila berlaku sesuatu dan apabila anak sudah sukar dibentuk menjadi orang yang berguna disalahkan pengasuh atau orang lain.Sebenarnya ilmu keibubapaan ini mestilah ada dalam diri ibubapa itu sendiri sebelum anak lahir kedunia lagi.Bentuklah anak ketika dalam perut lagi.Anak ini umpama sehelai kertas kosong putih tanpa secalit pun warna dan sebagai ibubapa kita yang mencorakkan warna dan lukisan indah diatas kertas tadi agar ia berharga dan cantik dipandang mata.Bukannya kita setakat melukis tanpa hati dan perasaan.Jika ini terjadi jangan salahkan sesiapa jika lukisan tadi nampak cacat dan buruk.

Sepatutnya sebagai ibubapa persediaan pertama untuk bayi kita adalah bermula dengan memberikan nama kepada bayi anda dan pilih nama-nama baik yang mempunyai maksud yang baik untuk bayi.Tetapi ibu bapa sekarang terlalu taksub dengan nama yang glamor dan meniru nama nama artis kononnya tanpa mengambil tahu akan maksudnya dan bila anak anda ‘buat perangai’apabila nama yang diberikan tidak sesuai anda mula akan berserabut dan tertekan dengan keadaan.Berbanding dengan mereka yang ada ilmu keibubapaan semua ini dapat di atasi dengan mudah.InsyaAllah.

Anak-anak walaupun masih kecil tetapi mereka punyai perasaan dan jika kita sebagai ibu bapa memarahi dan menguris hati mereka ini akan menimbulkan bekas di jiwa mereka dan ditakuti nanti sifat marah dan baran ini akan diwarisi oleh anak tadi.Oleh itu ambillah masa sejam dua untuk bermain-main bersama anak lebih-lebih lagi jika anak ditinggalkan kepada pengasuh, berikan mereka kasih sayang dan jangan buat mereka rasa tersisih dari ibubapa sendiri.

Begitu juga jika anda sudah berhasrat untuk menambahkan bilangan ahli keluarga  dan semasa itu anak pertama masih kecil jangan sesekali mengabaikan anak yang pertama tadi.Bila keadaan ini terjadi maka anak  mudah menjadi orang yang sensitif dan segala apa yang dirasainya tidak dapat di luahkan dan disimpan dan dikenang sampai dia dewasa.Mungkin kita sebagai ibubapa sayang dan ambil berat dengan anak sulung sama seperti kita sayang anak kedua  tetapi kita tidak sedar yang perhatian dan belaian yang lebih kepada yang bongsu tadi telah membuatkan yang sulung rasa tersisih.Oleh itu  sebagai ibubapa kita kena bijak menangani masalah ini.Seboleh-bolehnya biarkan anak sulung anda bersama anda setiap kali anda bersama bayi kedua anda walaupun disaat anda sedang menyusukan bayi kedua anda.Ini dapat mengeratkan lagi hubungan saudara akak dan adik dan mengelakkan sifat berdendam dan irihati di hati anak sulung tadi.

Anak-anak yang rasa dirinya terpinggir tidak kiralah yang pertama,kedua, ketiga atau seterusnya akan mudah merasa perasaan cemburu dan berdendam dengan adik beradik yang lain dan jalan yang terbaik adalah menunjukkan keadilan dalam setiap apa yang kita lakukan sebagai contoh tidak semestinya yang sulung mesti selalu mengalah dan adik pula tak salah meminta maaf jika bersalah dan menerima hukumannya.Jika kita bijak mengawal anak-anak di rumah maka watak anak dapat dibentuk di luar juga.Memanglah susah untuk besarkan anak- anak dan setiap kata-kata ibu adalah doa untuk anaknya dan oleh itu janganlah mengeluarkan kata-kata kesat kepada anak-anak kita kawallah perasaan itu.Memang sukar menjadi ibu bapa, jika mudah, takkanlah redha Allah kepada anak itu bergantung kepada redhanya ibu bapa kepada anak-anak. Fikir-fikirkan dan bertindaklah dengan sebaiknya… Insya Allah anda mampu menjadi ibubapa yang TERBAIK.

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: